Bomb The Negative.. -

Di sini kita berkumpul merapatkan kembali ukhuwah batch 0408.

Masehkah kau ingat.....

Assalamualaikum sahabat sahabiah rahimakumullah....


Bismillahirrohmanirrohiim..

Allah Maha Besar !Maha Suci ALLAH dari segala sifat kekurangan
.Allah lah yang mnjadikan kita.Setiap gerak geri kita semuanya atas izin Allah.
Kita perlu tahu,kehidupan kita di dunia ni hanyalah sementara..60,70 tahun..habis..binasa..
bahkan banyak yg kurang drpd itu.
apa yang akan dibawa di akhirat adalah iman dan amal.
Dalam seharian,berapa banyak kita beramal utk akhirat sahabat sahabiah?
Adakah jikalaukita mati hari ini..Adakah amalan2 kita sudah cukup utk mmbebaskan diri kira dr sambaran api neraka.
Berapa banyak solat kita yg khusuk?.
Berapa banyak amaln2 sunat yg dibuat.
Adakah kita ni mmbela sunnah2 Rasulullah?..Arggghhhhh...(aku pon 2x5 gak).
makan cara nabi,tidur cara nabi,berfikir cara nabi, dan sbgainya.
dalam seharian hidup kita berapa banyak kita ckp pasal kebesaran ALLAH?
.dan berapa banyak kita cakap membesarkan dunia?.


"eh
'besar gile bangunan tu!!"
"pergh power gile messi main!!"
"hensem gile la mamat jepun tu!!"
"huish,ubat tu mujarab la,power gile sape yg cipta!!"

Kita lupa utk sabitkan segala perkara itu dgn ALLAH yang Maha KUasa atas Setiap sesuatu!!

"Allah lah yg bagi sedap.."
"Allahlah yg bagi ilham kpd engineer.."
"Allahlah yg bagi kepoweran messi tu.."
"Allah lah yg menciptakan mamat jepun u"
"Allah lah yg bagi mujarab"

Suatu hari,sahabat bertanya kepada Rasulullah."bagaimana nak mmperbaharui iman kami ya rasulullah??..nabi bersabda"banyakkan pengucapan LAILAHAILLALLAH.."

Tafsiran Ulama mngenai hadis ni ialah:
mafhumnya ialah banyakkan pengucapan yg mmbesarkan ALLAH yg Esa,nafikan segala makhluk.
kalau perkataan LAILAHAILLALLAH...org kafir pon bole sebut,yahudi la'natullah pon boleh sebut..tp kalau psl kbesaran Allah???sapa lagi yg nk sebut kalau bukan kita org yg mngaku beriman ..(isk2)..???


Moga2 dgn banyak kita ckp pasal kbesaran Allah,Allah lah yg ada dlm hati kita..aminn..

Berbalik kpd konteks kita slaku bekas skolah agama.Sebanyak mana peranan yg kit mainkan sebagai "org yg ada agama" Adakah kita juga terus hanyut dan lalai dgn keindahan dunia yg fana..

>dengan hubungan laki pompuan nye yg tidak terbatas ,
>bergambar dl fb dgn tudung singkat nampak dada yg tersembul yg pastinya akan dibaham api neraka(kalu x taubat)
>dahlah dgn aksi yg menggairahkan(kadang2 korg x perasan,kaum adam yg perasan),
>kalau yg bertudung labuh skalipon,gambarnya terlalu banyak hingga boleh menimbulkan fitnah >dan ada yg x sempurna penutupan auratnya,
>tanpa segan silu mnayang peha (muslimin),
>bergambar dgn bukan mahram berdua-duaan tanpa segan silu,
>ada tu yg bergambar ramai sikit la,tu pon dah dikira x manis tau.
>minum arak..opsss????

kenap semua ini dianggap biasa sahabat sahabiah????

ORG AGAMA sudah pandai melakukan kebatilan secara terang-terangan????bak datang fikir la...

Beringatlah sahabat dan sahabiah.

Janganlah sesekali kita menganggap dosa yg dilakukan itu hanya ibarat lalat yg singgah dihidung,tp anggaplah ibarat gunung Kinabalu yg berada di atas kita yg bakal menghempap kita.

Ya Allah,aku berlapang diri dari niat serong smasa mnulis post ini..(ramai2 pakat amiinn!!)

Sesungguhnya apa yg aku tulis ni utk aku..memetik kata2 kereta mayat punye blog:

"Siapa yang buat dakwah dengan niat nak orang ikut, akan dapat dua perkara: marah dan putus asa..

Buatlah dakwah kerana Allah semata mata, orang ikut, tak ikut, kena maki, kena bunuh, jangan ubah cara Nabi.., sebab tu pesan Nabi, genggam bara sampai jadi abu..., "


p/s:
1.kalau ade ksilapan ape2..ko comment balik k?? ..=)

2.banyakkan amalan sunnat secara tersembunyi..amalan sunat lah akan mndekatkan diri kpd Allah

3.kita muda2 ni..jaga ikhtilat(pergaulan muslimin muslimat) sahabat sahabiah..biar org kata kita jumud.bajet tsiqoh la,bajet syadid la,bajet ayu la,bajet hensem la,bajet islamic la,janji Allah redha atas kita.

4.Sesunggunya apa yg aku tulis ni semua dtg dari Allah,aku hnyalah asbab sahaja.yang baek dr Allah,yang buruk dr aku..hakikatnya keduanya dr Allah yg Maha pemurah lagi penyayang
(^_^)



KITA JAGA HAK ALLAH ,ALLAH JAGA HAK KITA!

Wallahua'lam...

Ujian itu Ada Hikmahnya

Salam kepada sahabat seperjuangan.


Agak lama blog batch ini terbiar begitu sahaja.Mungkin kalian semua tertunggu-tunggu bila masanya blog ini akan berkubur begitu sahaja. Namun,jangan berfikiran begitu kerana blog ini merupakan wadah untuk kita berbicara,berkongsi idea dan cerita yang telah berlaku kepada kita. Kesibukan hidup pada diri masing-masing sukar dinafikan lagi. Kita memiliki tanggungjawab yang satu iaitu menuntut ilmu dan berjaya di dunia serta bahagia di akhirat.Diharapkan kalian semua memahami kekosongan pada ruang blog yang telah kesepian ini..


Walaubagaimanapun, kali ini saya ingin menceritakan pengalaman getir seorang insan yang bagaikan mati hidup kembali.PAsti anda semua sudah sedia maklum mengenai keadaan Adib Aiman..Dia sudahpun beransur-ansur pulih dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Alhamdulillah sekembalinya dia ke rumah mendatangkan pelbagai berita baik. Dengan izin Allah, dia sudah boleh bercakap perlahan-lahan dan berjalan selangkah demi selangkah dengan alat bantuan berjalan.Malahan dia juga sudah boleh makan dan minum seperti sedia kala.. Lebih menggembirakan lagi dia telah boleh kembali melayari internet khasnya Facebook. Saya amat terkejut apabila melihat dia telah online di Facebook Chat.. Keadaan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya sebelum saya mengetahui bahawa dia telahpun keluar dari wad 2EF, Hospital Sultanah Nurzahirah,Kuala Terengganu dan pulang ke rumah di Taman Shafiah Murni,PAdang Mengkuang,Marang.Syukur kepada Tuhan yang telah mengembalikan Adib kepada kita semua. Berkat doa ibubapanya,keluarganya,rakan-rakan serta guru-guru mengiringi dirinya untuk terus bersemangat meneruskan hidup ini.

Adib,kau seorang yang amat tabah. Apa yang telah berlaku merupakan ujian dari Allah.Allah amat menyayangimu.Usahlah berputus asa dengan rahmat Allah kerana siapa tahu hikmah disebalik apa yang berlaku ini. Kuatkan hatimu dan tabahkan jiwamu untuk menerima segala yang telah berlaku.Ulasan mengenai kemalangan biarlah didengar dari mulut ibu bapanya sendiri. Saya tidak berani untuk mengulasnya dibimbangi ada tokok tambahnya. NAmun,Adib akan menyambung kembali pelajarannya di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh,Perak pada Januari 2011 sebagai pelajar tahun 1 dalam jurusannya iaitu Kejuruteraan Kimia.

Buat sesiapa yang ingin melawatnya,mengetahui keadaannya bolehlah menghubungi ayahnya di talian 013-9551013..