Bomb The Negative.. -

Di sini kita berkumpul merapatkan kembali ukhuwah batch 0408.

Ujian itu Ada Hikmahnya

Salam kepada sahabat seperjuangan.


Agak lama blog batch ini terbiar begitu sahaja.Mungkin kalian semua tertunggu-tunggu bila masanya blog ini akan berkubur begitu sahaja. Namun,jangan berfikiran begitu kerana blog ini merupakan wadah untuk kita berbicara,berkongsi idea dan cerita yang telah berlaku kepada kita. Kesibukan hidup pada diri masing-masing sukar dinafikan lagi. Kita memiliki tanggungjawab yang satu iaitu menuntut ilmu dan berjaya di dunia serta bahagia di akhirat.Diharapkan kalian semua memahami kekosongan pada ruang blog yang telah kesepian ini..


Walaubagaimanapun, kali ini saya ingin menceritakan pengalaman getir seorang insan yang bagaikan mati hidup kembali.PAsti anda semua sudah sedia maklum mengenai keadaan Adib Aiman..Dia sudahpun beransur-ansur pulih dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Alhamdulillah sekembalinya dia ke rumah mendatangkan pelbagai berita baik. Dengan izin Allah, dia sudah boleh bercakap perlahan-lahan dan berjalan selangkah demi selangkah dengan alat bantuan berjalan.Malahan dia juga sudah boleh makan dan minum seperti sedia kala.. Lebih menggembirakan lagi dia telah boleh kembali melayari internet khasnya Facebook. Saya amat terkejut apabila melihat dia telah online di Facebook Chat.. Keadaan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya sebelum saya mengetahui bahawa dia telahpun keluar dari wad 2EF, Hospital Sultanah Nurzahirah,Kuala Terengganu dan pulang ke rumah di Taman Shafiah Murni,PAdang Mengkuang,Marang.Syukur kepada Tuhan yang telah mengembalikan Adib kepada kita semua. Berkat doa ibubapanya,keluarganya,rakan-rakan serta guru-guru mengiringi dirinya untuk terus bersemangat meneruskan hidup ini.

Adib,kau seorang yang amat tabah. Apa yang telah berlaku merupakan ujian dari Allah.Allah amat menyayangimu.Usahlah berputus asa dengan rahmat Allah kerana siapa tahu hikmah disebalik apa yang berlaku ini. Kuatkan hatimu dan tabahkan jiwamu untuk menerima segala yang telah berlaku.Ulasan mengenai kemalangan biarlah didengar dari mulut ibu bapanya sendiri. Saya tidak berani untuk mengulasnya dibimbangi ada tokok tambahnya. NAmun,Adib akan menyambung kembali pelajarannya di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh,Perak pada Januari 2011 sebagai pelajar tahun 1 dalam jurusannya iaitu Kejuruteraan Kimia.

Buat sesiapa yang ingin melawatnya,mengetahui keadaannya bolehlah menghubungi ayahnya di talian 013-9551013..

0 comments:

Post a Comment